Bandar KK


Tempat Menarik Di Sabah - Bandar KK Dari Kejauhan . Inilah rupa pusat bandar Kota Kinabalu (KK) dari kejauhan.

Gambar ni di ambil dari atas Sutera Harbour Resort iaitu pusat peranginan bertaraf 5 bintang yang terletak bersebelahan pusat bandar Kota Kinabalu.

Kalau santai-santai jalan kaki dari Sutera Harbour Resort ke pusat bandar KK cuma ambik masa 10 minit sehingga 20 minit bergantung kepada 'speed' semasa berjalan kaki.

Yang bestnya kalau jalan kaki tu boleh nampak pemandangan indah tepi laut.

Foto oleh sesat_in_malaysia

#TempatMenarikDiSabah

Indahnya Kinabalu


Tempat Menarik Di Sabah - Indahnya Kinabalu . Gambar ni di ambil dari Polumpung Melangkap View Camp Site atau lebih dikenbali dengan nama singkatnya PMVCS.

View kat sini memang cantik. Tiap pagi dan tiap petang confirm akan dapat menikmati pemandangan macam ni tiap hari, lainlah kecuali cuaca buruk di musim hujan pada hujung tahun.

Kita di Malaysia ni kan cuma panas dan hujan sepanjang tahun. Syukurlah negara kita tak ada 4 musim macam kat Eropah nun!

Kalau tak habislah Gunung Kinabalu dipenuhi salji.

Kalau korang nak ke Polumpung Melangkap View Camp Site ni jaraknya cuma sekitar 1 jam hingga 1 setengah jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu bergantung kepada keadaan trafik.

Berbaloi jalan jauh sebab kat sini memang korang akan puas hati.

Foto oleh travis_chong

#TempatMenarikDiSabah

Mantanani Nan Membiru


Tempat Menarik Di Sabah - Mantanani Nan Membiru . Patutlah pelancong Korea dan pelancong dari negara China sanggup bayar belasan ribu semata-mata nak bercuti ke pulau Mantanani ni.

Foto oleh sesat_in_malaysia

#TempatMenarikDiSabah

Jambatan Tamparuli

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Jambatan-Tamparuli-0-1

Tempat Menarik Di Sabah - Jambatan Tamparuli. Inilah dia jambatan gantung paling legend di Sabah iaitu Jambatan Tamparuli.

Kalau dari pusat bandar Kota Kinabalu (KK) tempat ni lebih kurang dalam 40 minit ke sejam jugalah drive kereta. Kalau naik Grab atau teksi lebih kurang dalam masa yang sama juga.

Foto oleh tay17_c

#TempatMenarikDiSabah

Jalan-jalan Ke Kundasang


Tempat Menarik Di Sabah - Jalan-jalan Ke Kundasang. Cuba tengok abang kita ni.

Walaupun posing di tepi jalan pastu ada rumput-rumput mati pulak tu tapi gambar ni tetap awesome sebab berlatar belakangkan Gunung Kinabalu nan membiru di kejauhan dan suasana kampung nan kehijauan.

Sejuk mata memandang kalau dapat tengok view macam ni.

Kalau korang jalan-jalan ke Kundasang waktu the best untuk dapat view macam ni adalah sekitar waktu pagi sebelum jam 11 tengahari ataupun waktu petang sekitar 4 petang hingga 6 petang.

Apa-apapun ia bergantung pada cuaca juga. Kalau cuaca cerah barulah dapat view yang cantik macam yang abang kita ni buat.

Gambar oleh tAy17_c

#TempatMenarikDiSabah

Menikmati Senja Tanjung Aru


Tempat Menarik Di Sabah - Menikmati Senja Tanjung Aru . Pantai Tanjung Aru memang terkenal dengan sunset nya yang amat cantik terutama ketika cuaca cerah.

Setiap kali tiba waktu senja pasti ramai pelancong China, pelancong Korea dan penduduk tempatan berkerumun di pantai ni semata-mata nak tengok sunset yang cantik.

Sunset kat sini biasanya berupa golden sunset macam yang korang nampak kat gambar. Kadangkala kalau bertuah dapat tengok red flare sunset, gabungan warna kemerah-merahan beserta warna keemasan di atas awan.

Masing-masing akan sibuk merakam saat-saat indah itu dengan kamera masing-masing untuk simpanan peribadi juga untuk di kongsikan di media sosial khususnya Instagram.

Bagi yang berkeluarga, mengajak ahli keluarga atau anak-anak berlibur serta bersantai di pantai Tanjung Aru pasti membuat mereka happy.

Pantai Tanjung Aru cuma 5 hingga 10 minit perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu bergantung kepada keadaan trafik.

Waktu terbaik untuk ke sini adalah sekitar jam 6:00 petang kala senja mulai memancarkan sinarnya.

Foto oleh eunsu_ (Eunsu Kim)

#TempatMenarikDiSabah

Syoknya Di Manukan

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Pulau-Manukan-0-9

Tempat Menarik Di Sabah - Syoknya Di Manukan . Best kan kalau macam ni?

Happy main air laut bersama anak-anak di pantai.

Walaupun panas terik tapi panas tu dah tak terasa sangat sebab seronok tengok anak-anak terkekeh-kekeh ketawa main air laut kat sini.

Korang nak rasa suasana macam ni?

Jom kita travel ke Pulau Manukan! Dekat je pon!

Pulau ni cuma 15 minit perjalanan naik bot dari jeti Jesselton Point iaitu jeti utama di pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu ni biasanya orang panggil KK saja.

So kalau nak travel ke Sabah anda akan sampai ke KK dulu barulah ke tempat lain misalnya ke Kundasang atau ke Semporna.

Foto oleh: eunsu_ (Eunsu Kim).

#TempatMenarikDiSabah

Main Air Di Manukan

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Sibuan-0-8

Tempat Menarik Di Sabah - Main Air Di Manukan . Cuba tengok tu happy bukan main baby dapat tu main air di pantai pulau Manukan.

Ni kalau main air dua tiga jam lamanya main air pun tak terasa ni.

Time balik rumah confirm budak-budak ni tidur lena, kepenatan main air!

Foto oleh shahsobirin (Sobirin Shahabuddin).

#TempatMenarikDiSabah

Terbang Atas Air


Tempat Menarik Di Sabah - Terbang Atas Air . Nak tau macam mana rasanya 'terbang' atas air? Jom naik parasailing.

Anda akan memakai life jacket kemudian anda akan naik payung besar kemudian payung tu pula akan ditarik oleh bot.

Apabila bot mula bergerak, payung akan mula mengembang dan anda akan mula ditarik naik ke atas bersama-sama payung.

Hasilnya, dapatlah anda merasai pengalaman 'terbang' atas air sekitar 30 hingga 40 minit bergantung kepada 'keberanian' anda.

Tak pandai swimming pun tak apa sebab life jacket yang anda pakai akan menjadikan anda timbul di permukaan air laut andai kata terjatuh.

Memang thrill naik parasailing ni.

Foto oleh watersport_sapiisland

#TempatMenarikDiSabah


Selfie Dengan Ikan


Tempat Menarik Di Sabah  - Selfie Dengan Ikan . Kalau korang nak merasi pengalaman jalan kaki dalam laut (sea walking) pastu dapat peluang selfie dengan ikan, bolehlah cuba pakej Borneo SeaWalking yang ada di pulau Sapi, Kota Kinabalu. Bukan selalu dapat peluang camni.

foto oleh j25891

#TempatMenarikDiSabah

Kinabalu Dari Mantanani

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Gunung-Kinabalu-0-4

Tempat Menarik Di Sabah - Kinabalu Dari Mantanani . Kelihatan Gunung Kinabalu berbalam-balam dari pantai pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.

foto oleh gotoh_

#TempatMenarikDiSabah

Jeti Sibuan


Tempat Menarik Di Sabah - Jeti Sibuan .  Jeti tempat akak ni melompat girang bukan di Maldives ya, tapi di pulau Sibuan, Semporna, Sabah. Tempat ni amat menarik disebabkan oleh air lautnya yang amat jernih dan amat bersih. Gambar oleh Monika Lasota Łacna

#TempatMenarikDiSabah


Main Buaian Di Mantanani


Tempat Menarik Di Sabah - Buaian Di Mantanani .  Syoknya akak kita ni bermain buaian di pantai pulau Mantanani. foto oleh Monika Lasota Łacna

#TempatMenarikDiSabah

Salji Krismas Imago

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-2-640x640

Tempat Menarik Di Sabah - Istana Salji Imago. Sempena Krismas 2017, pihak pengurusan Imago telah membina sebuah hiasan salji yang memang cantik dan unik. Gambar di atas di ambil oleh @qhiu_bakri2590

Ini berbeza sekali pada tahun 2016 kerana pada ketika itu (Krismas 2016) pihak pengurusan Imago membina istana salji berkonsepkan filem Frozen ciptaan Disney.

Kenapa unik? Ini kerana mereka juga telah membina kolam kecil mengelili binaan hiasan Krismas yang berdiri ditengah-tengah Imago sepanjang bulan Disember 2017 untuk menyambut ketibaan Hari Krismas dan tahun baru 2018.

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-3-640x640
gambar oleh @vanessaho0709

Ah ha! Itulah dia rupa hiasan Krismas 2017 yang terdapat di shopping mall Imago sepanjang bulan Disember 2017. Cantik kan?

Lampu di bahagian tengah hiasan tu akan bertukar-tukar warna. Sekejap warna purple. Sekejap warna biru. Lepas tu warna purple lagi. Pastu tukar ke warna hijau. Pastu jadi warna biru semula.

Jika anda lihat bulatan luar yang mengeliling hiasan itu, ha itulah dia kolam kecil yang boleh membuatkan seorang kanak-kanak dalam sebuah 'perahu' kecil yang akan bergerak megelilingi bulatan itu macam mengelilingi tasik. Contohnya adalah seperti dalam gambar kat bawah ni..

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-4-640x640
gambar oleh @cdobot

Itulah dia adik kita tengah syok duduk dalam 'perahu' bergerak mengeliling kolam kecil yang terletak dalam bulatan yang mengelilign binaan hiasan Krismas 2017 di Imago. Inilah keunikan yang terdapat di Imago berbanding shopping mall lain di Kota Kinabalu seperti Centre Point Sabah, Wisma Merdeka dan 1 Borneo Hypermall.

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-5-640x640
gambar oleh @mylauraz

Sayangnya sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke bahagian tengah hiasan Krismas tu. Cuma boleh tengok dari luar saja dan cuma boleh ambil gambar selfie dari jauh sahaja.

Walau bagaimanapun, keunikan yang ditampilkan oleh Imago sempena Krismas 2017 patut dipuji kerana ia menarik ribuan pengunjung untuk datang ke Imago bagi melihat sendiri binaan hiasan itu. Shopping mall Imago memang terkenal dengan hiasan-hiasan yang cantik dan besar setiap kali tibanya musim perayaan.

Kalau jalan-jalan ke Imago, food court ada terdapat di tingkat tiga juga di bahagian basement sepertimana shopping mall lain.

Kalau lapar atau nak duduk sekejap meluruskan pinggang selepas sibuk berjalan-jalan, bolehlah rehat-rehat di food court yang terdapat di tingkat 3 Imago. Tak perlu susah payah turun ke bahagian bawah lagi. Akhir sekali, ini gambar terakhir hiasan Krismas 2017 di Imago dari pandangan atas.

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-6-640x536
gambar oleh @boleh_boleh_lounge
- blog Tempat Menarik Di Sabah

Entri Lain:

Santa Claus Payung Terjun

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-1-540x540

Tempat Menarik Di Sabah - Santa Claus Pakai Payung Terjun. Comel kan patung Santa Claus bergayut pakai payung terjun ni? Kalau nak tahu, inilah decoration yang korang akan nampak kalau jenjalan ke Centre Point Sabah.

Center Point Sabah ni adalah shopping mall paling lama dan paling 'senior' di pusat bandar Kota Kinabalu selepas Wisma Merdeka yang terletak kat sebelah Wisma Merdeka.

Decoration Santa Claus turun ke bumi pakai payung terjun ni dipasang tergantung-gantung di bahagian siling Centre Point Sabah. Kalau masuk ke bahagian tengah Centre Point akan nampaklah patung-patung Santa Claus ni yang digantung sempena perayaan Krismas dalam tahun 2017.

Ketika entri blog ni saya tulis pada 22 Disember 2017 hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk Krismas di sini. Jalan raya sekitar pusat bandar Kota Kinabalu pun dah asyik sesak dari tengahari sampai ke 9 malam gara-gara ramai warga KK keluar bershopping sakan! Gambar oleh @sherlyn_ling91

- blog Tempat Menarik Di Sabah

Kiulu Dari Pandangan Atas


Tempat Menarik Di Sabah - Kiulu Dari Pandangan Atas. Inilah dia rupa desa Kiulu. Sungai itulah sungai Kiulu.

Kebanyakan orang yang tinggal di Kiulu adalah berbangsa Dusun. Majoriti daripada mereka beragama Kristian. Pekan Kiulu teletak lebih kurang 20 hingga 30 minit dari pekan Tamparuli.

Sepanjang perjalanan ke Kiulu anda akan dapat melihat pemandangan yang amat cantik seperti yang anda lihat dalam gambar.


Cuti-cuti Di Bohey Dulang

blog-tempat-menarik-di-sabah-bohey-dulang-1-640x724

Tempat menarik di Sabah - Cuti-cuti Di Bohey Dulang. Pulau ni terkenal dengan airnya yang jernih, bersih dan berwarna biru kehijau-hijauan. Juga terkenal dengan pemandangan menarik di puncak bukitnya setinggi 600 meter dari tanah.

Berkayak Di Pom Pom

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-0-640x800.jpg

Tempat Menarik Di Sabah - Berkayak Di Pom Pom | Lihatlah air laut pulau Pom Pom yang jernih dan membiru! Ini salah satu tempat menarik di Semporna, Sabah. Tiada internet, tiada elektrik. Hanya anda dan laut.

Senja Di Pom Pom


Tempat menarik di Sabah - menikmati keindahan senja nan hening di Pulau Pom-pom, sebuah pulau yang amat cantik di Semporna, Sabah. Untuk ke sini, anda perlu naiki bot lebih kurang dalam 40 minit ke 1 jam bergantung kepada cuaca juga keadaan laut. Gambar oleh @nainoalanger.


Terbang Dari Pulau Ke Pulau

tempat-menarik-di-sabah-zipline-1-640x640

Tempat Menarik Di Sabah - Terbang Dari Pulau Ke Pulau | Inilah yang kami maksudkan dengan terbang dari pulau ke pulau. Yang ni abang kita dua orang ni berlepas dari Pulau Gaya kemudian akan mendarat di Pulau Sapi yang hujung sana nun. Nama glamer tempat ni adalah Coral Flyer Zipine yang merupakan zipline (popular dipanggil sebagai flying fox) terpanjang di Malaysia juga yang termurah di Malaysia setakat ini dalam tahun 2017.

Air Pancur Kundasang Memorial


Tempat menarik di Sabah - Air Pancur Kundasang Memorial. Tempat ni memang selalu menjadi fevret pasangan-pasangan bergambar untuk sesi pre-wedding mereka sebab kawasan air pancur buatan ni memang cantik, hening dan dibina mengikut arkitektur Inggeris, ala-ala luar negara gitu. Kalau korang ke Kundasang, pastikan lawat tempat ni.

Coral Flyer Zipline


Tempat menarik di Sabah - Coral Flyer Zipline. Tempat gambar ni diambil adalah di Coral Flyer Zipline ataupun lebih dikenali sebagai "flying fox from island to island" kerana korang akan terbang melintasi lautan dari Pulau Gaya (tempat berlepas) ke Pulau Sapi kat seberang sana nun (tempat mendarat). Ini adalah satu-satunya zipline terpanjang di Malaysia dan yang termurah! Hanya RM65 sahaja seorang untuk setiap peluncuran.

Santai Di Mabul


Tempat Menarik Di Sabah - Santai Di Mabul - gambar ni encik abang kita ambik semasa bercuti kat pulau Mabul, Semporna.

Pulau ni terkenal dengan air lautnya yang amat jernih, amat bersih serta amat membiru macam yang korang nampak kat dalam gambar tu.

Tempat Menarik Di Sabah - I Love KK

tempat-menarik-di-sabah-1-640x474

Tempat Menarik Di Sabah - I Love KK - inilah dia tugu I Love KK yang faymes di Instagram, Facebook dan di media sosial lain. Tempat ni terletak bersebelahan Todak Waterfront juga hotel Hyatt Regency Kinabalu yang merupakan hotel 5 bintang tertua di Sabah.