Ara Dinawan

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-0227906724-1080x608.jpg

Inilah dia pulau Ara Dinawan. Popular di kenali sebagai pulau Dinawan. Terletak dalam daerah Papar, Sabah. Pulau ni tak faymes sangat macam pulau Sapi, pulau Manukan, pulau Mantanani dan pulau Sipadan.

Kalau nak bercuti dan bersantai di pulau yang tak ramai orang ngamlah ke pulau Dinawan ni. Macam private island gitu. Tak ramai orangke sini sebab pulau ni tak di promosikan sangat. Sebab tu lah pantainya amat bersih dan air lautnya amat jernih. Dasar lautnya pun amat bersih.

Kalau nak ke pulau Ara Dinawan ni dari pusat bandar Kota Kinabalu, ambik masa dalam 30-40 minit bergantung pada keadaan trafik sepanjang perjalanan. foto:@orangputihkita

Anda ada Facebook? Jom follow page rasmi Tempat Menarik Di Sabah untuk tengok gambar tempat-tempat menarik di Sabah.

Label: Tempat Menarik Di Sabah - Kota Kinabalu

Kedai Ikan Masin

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1129085873-1080x1080

Suasana di kedai ikan masin yang terletak di Sinsuran bersebelahan dengan hotel Le Meridien Kinabalu kala penjual sedang menunggu pelanggan masuk. Kat sinilah anda boleh beli banyak peket ikan-ikan bilis bungkus dan ikan masin bungkus pada harga murah, pastu boleh ditawar pula. Pusat Kraftangan Kota Kinabalu terletak dekat sini juga. Foto:@karent_kat

Mural Rumah Sampah

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-0593091977-1080x810

Sebuah 'rumah sampah' iaitu pondok pengumpulan sisa buangan domestik terletak di Sinsuran, di tengah-tengah pusat bandar Kota Kinabalu. Rumah sampah ni dihias indah dengan lukisan mural etnik hingga menjadi tarikan unik kepada pelancong asing. Mural tanpa warna di lukis melambangkan keperibadian unik warga negeri di bawah bayu beserta nama pulau-pulau sekitar KK. Foto:@karent_kat

Megahnya Sebuah Menara

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1521272555-1080x1350

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-2002113694-1080x1350

Megahnya Sebuah Menara - Inilah dia menara Tun Mustapha, bangunan setinggi 30 tingkat dinamakan sempena nama Tun Datu Mustapha yang merupakan Ketua Menteri Sabah ketiga selepas Tun Fuad Stephens dan Datuk Haris Salleh. Sebelum ni ia dinamakan Menara Yayasan Sabah sebelum namanya ditukar menjadi Menara Tun Mustapha pada tahun 2011. Foto:@thomasksb_55

Tengok Durian

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-2103834468-1080x1350

Tengok Durian - kelibat dua orang pelancong asing tekun meneliti susunan buah-buah durian yang dijual di bawah jejantas berhampiran shopping mall KK Plaza. Kalau jalan-jalan di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu, korang akan nampak pasar ni di buka mulai 4 petang hingga tengah malam. Foto:@@mieyrulllll

KK Hampiri Senja

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1244423136-1080x1350

KK Hampiri Senja - Ni suasana sekitar pusat bandar Kota Kinabalu sekitar waktu senjda. Masa ni rakyat Malaysia tengah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 hingga 28 April. Gambar ni di ambil dari tingkap bilik hotel Hyatt Regency Kinabalu. Boleh nampak Sutera Harbour Resort, tugu I Love KK dan pulau Mamutik. Pada hari-hari biasa, tempat ni memang penuh dengan pelancong Korea. Foto:@mieyrulllll

Ke Bukit Botak

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-0613442626-1080x608

Hiking Ke Puncak Bukit Botak di Sepanggar - bukit ni dipanggil sebagai Bukit Botak disebabkan oleh ketiadaan pokok-pokok besar di puncak bukinya, lebih kurang macam Bukit Broga yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Lagi satu bukit ni kalau dari jauh memang nampak 'botak' saja. Bukit Botak kini menjadi lokasi aktiviti pendakian (hiking) di kalangan warga Kota Kinabalu terutama pada hujung minggu. Foto:@@commando_angel

#TempatMenarikDiSabah

Gayana Eco

Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-2.jpg

Tempat Menarik Di Sabah - Ni kat Gayana Marine Eco Resort. Ramai panggil tempat ni sebagai Gayana saja, atau Gayana Resort. Kebanyakan pengunjung yang menginap di sini adalah pelancong-pelancong dari luar negara. Yang dari dalam negara kita Malaysia ada juga tapi kurang sikit. Sebabnya, harga bilik-bilik penginapan di Gayana Marine Eco Resort ni boleh tahan juga harganya. Bagi anda yang teringin nak menginap di resort bertaraf lima bintang di Kota Kinabalu pastu dapat bilik mengadap laut, kat sinilah tempat yang paling sesuai. Kredit gambar: kev_harrison

KK Dari Jauh


Tempat Menarik Di Sabah - Bandar KK Dari Kejauhan . Inilah rupa pusat bandar Kota Kinabalu (KK) dari kejauhan.

Gambar ni di ambil dari atas Sutera Harbour Resort iaitu pusat peranginan bertaraf 5 bintang yang terletak bersebelahan pusat bandar Kota Kinabalu.

Kalau santai-santai jalan kaki dari Sutera Harbour Resort ke pusat bandar KK cuma ambik masa 10 minit sehingga 20 minit bergantung kepada 'speed' semasa berjalan kaki.

Yang bestnya kalau jalan kaki tu boleh nampak pemandangan indah tepi laut.

Foto oleh sesat_in_malaysia

#TempatMenarikDiSabah

Senja Berempat


Tempat Menarik Di Sabah - Menikmati Senja Tanjung Aru . Setiap kali tiba waktu senja pasti ramai pelancong China, pelancong Korea dan penduduk tempatan berkerumun di pantai ni semata-mata nak tengok sunset yang cantik. Sunset kat sini biasanya berupa golden sunset macam yang korang nampak kat gambar. Kadangkala kalau bertuah dapat tengok red flare sunset, gabungan warna kemerah-merahan beserta warna keemasan di atas awan.


Pantai Tanjung Aru cuma 5 hingga 10 minit perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu bergantung kepada keadaan trafik. Waktu terbaik untuk ke sini adalah sekitar jam 6:00 petang kala senja mulai memancarkan sinarnya. Foto oleh eunsu_ (Eunsu Kim)

#TempatMenarikDiSabah

Syoknya Di Manukan

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Pulau-Manukan-0-9

Tempat Menarik Di Sabah - Syoknya Di Manukan . Best kan kalau macam ni? Happy main air laut bersama anak-anak di pantai. Walaupun panas terik tapi panas tu dah tak terasa sangat sebab seronok tengok anak-anak terkekeh-kekeh ketawa main air laut kat sini.

Pulau ni cuma 15 minit perjalanan naik bot dari jeti Jesselton Point iaitu jeti utama di pusat bandaraya Kota Kinabalu. So kalau nak travel ke Sabah anda akan sampai ke KK dulu barulah ke tempat lain misalnya ke Kundasang atau ke Semporna. Foto oleh: eunsu_ (Eunsu Kim).

#TempatMenarikDiSabah


Cuti Di Manukan

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Sibuan-0-8

Tempat Menarik Di Sabah - Main Air Di Manukan . Cuba tengok tu happy bukan main baby dapat tu main air di pantai pulau Manukan. Ni kalau main air dua tiga jam lamanya main air pun tak terasa ni. Time balik rumah confirm budak-budak ni tidur lena, kepenatan main air! Foto oleh shahsobirin (Sobirin Shahabuddin).

#TempatMenarikDiSabah

Terbang Atas Air


Tempat Menarik Di Sabah - Terbang Atas Air . Nak tau macam mana rasanya 'terbang' atas air? Jom naik parasailing.

Anda akan memakai life jacket kemudian anda akan naik payung besar kemudian payung tu pula akan ditarik oleh bot.

Apabila bot mula bergerak, payung akan mula mengembang dan anda akan mula ditarik naik ke atas bersama-sama payung.

Hasilnya, dapatlah anda merasai pengalaman 'terbang' atas air sekitar 30 hingga 40 minit bergantung kepada 'keberanian' anda.

Tak pandai swimming pun tak apa sebab life jacket yang anda pakai akan menjadikan anda timbul di permukaan air laut andai kata terjatuh.

Memang thrill naik parasailing ni.

Foto oleh watersport_sapiisland

#TempatMenarikDiSabah


Selfie Dengan Ikan


Tempat Menarik Di Sabah  - Selfie Dengan Ikan . Kalau korang nak merasi pengalaman jalan kaki dalam laut (sea walking) pastu dapat peluang selfie dengan ikan, bolehlah cuba pakej Borneo SeaWalking yang ada di pulau Sapi, Kota Kinabalu. Bukan selalu dapat peluang camni.

foto oleh j25891

#TempatMenarikDiSabah

Salji Krismas Imago

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-2-640x640

Tempat Menarik Di Sabah - Istana Salji Imago. Sempena Krismas 2017, pihak pengurusan Imago telah membina sebuah hiasan salji yang memang cantik dan unik. Gambar di atas di ambil oleh @qhiu_bakri2590

Ini berbeza sekali pada tahun 2016 kerana pada ketika itu (Krismas 2016) pihak pengurusan Imago membina istana salji berkonsepkan filem Frozen ciptaan Disney.

Kenapa unik? Ini kerana mereka juga telah membina kolam kecil mengelili binaan hiasan Krismas yang berdiri ditengah-tengah Imago sepanjang bulan Disember 2017 untuk menyambut ketibaan Hari Krismas dan tahun baru 2018.

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-3-640x640
gambar oleh @vanessaho0709

Ah ha! Itulah dia rupa hiasan Krismas 2017 yang terdapat di shopping mall Imago sepanjang bulan Disember 2017. Cantik kan?

Lampu di bahagian tengah hiasan tu akan bertukar-tukar warna. Sekejap warna purple. Sekejap warna biru. Lepas tu warna purple lagi. Pastu tukar ke warna hijau. Pastu jadi warna biru semula.

Jika anda lihat bulatan luar yang mengeliling hiasan itu, ha itulah dia kolam kecil yang boleh membuatkan seorang kanak-kanak dalam sebuah 'perahu' kecil yang akan bergerak megelilingi bulatan itu macam mengelilingi tasik. Contohnya adalah seperti dalam gambar kat bawah ni..

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-4-640x640
gambar oleh @cdobot

Itulah dia adik kita tengah syok duduk dalam 'perahu' bergerak mengeliling kolam kecil yang terletak dalam bulatan yang mengelilign binaan hiasan Krismas 2017 di Imago. Inilah keunikan yang terdapat di Imago berbanding shopping mall lain di Kota Kinabalu seperti Centre Point Sabah, Wisma Merdeka dan 1 Borneo Hypermall.

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-5-640x640
gambar oleh @mylauraz

Sayangnya sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke bahagian tengah hiasan Krismas tu. Cuma boleh tengok dari luar saja dan cuma boleh ambil gambar selfie dari jauh sahaja.

Walau bagaimanapun, keunikan yang ditampilkan oleh Imago sempena Krismas 2017 patut dipuji kerana ia menarik ribuan pengunjung untuk datang ke Imago bagi melihat sendiri binaan hiasan itu. Shopping mall Imago memang terkenal dengan hiasan-hiasan yang cantik dan besar setiap kali tibanya musim perayaan.

Kalau jalan-jalan ke Imago, food court ada terdapat di tingkat tiga juga di bahagian basement sepertimana shopping mall lain.

Kalau lapar atau nak duduk sekejap meluruskan pinggang selepas sibuk berjalan-jalan, bolehlah rehat-rehat di food court yang terdapat di tingkat 3 Imago. Tak perlu susah payah turun ke bahagian bawah lagi. Akhir sekali, ini gambar terakhir hiasan Krismas 2017 di Imago dari pandangan atas.

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-6-640x536
gambar oleh @boleh_boleh_lounge
- blog Tempat Menarik Di Sabah

Entri Lain:

Santa Claus Payung Terjun

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Blog-1-1-540x540

Tempat Menarik Di Sabah - Santa Claus Pakai Payung Terjun. Comel kan patung Santa Claus bergayut pakai payung terjun ni? Kalau nak tahu, inilah decoration yang korang akan nampak kalau jenjalan ke Centre Point Sabah.

Center Point Sabah ni adalah shopping mall paling lama dan paling 'senior' di pusat bandar Kota Kinabalu selepas Wisma Merdeka yang terletak kat sebelah Wisma Merdeka.

Decoration Santa Claus turun ke bumi pakai payung terjun ni dipasang tergantung-gantung di bahagian siling Centre Point Sabah. Kalau masuk ke bahagian tengah Centre Point akan nampaklah patung-patung Santa Claus ni yang digantung sempena perayaan Krismas dalam tahun 2017.

Ketika entri blog ni saya tulis pada 22 Disember 2017 hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk Krismas di sini. Jalan raya sekitar pusat bandar Kota Kinabalu pun dah asyik sesak dari tengahari sampai ke 9 malam gara-gara ramai warga KK keluar bershopping sakan! Gambar oleh @sherlyn_ling91

- blog Tempat Menarik Di Sabah

Terbang Dari Pulau Ke Pulau

tempat-menarik-di-sabah-zipline-1-640x640

Tempat Menarik Di Sabah - Terbang Dari Pulau Ke Pulau | Inilah yang kami maksudkan dengan terbang dari pulau ke pulau. Yang ni abang kita dua orang ni berlepas dari Pulau Gaya kemudian akan mendarat di Pulau Sapi yang hujung sana nun. Nama glamer tempat ni adalah Coral Flyer Zipine yang merupakan zipline (popular dipanggil sebagai flying fox) terpanjang di Malaysia juga yang termurah di Malaysia setakat ini dalam tahun 2017.

#TempatMenarikDiSabah

Coral Flyer Zipline


Tempat menarik di Sabah - Coral Flyer Zipline. Tempat gambar ni diambil adalah di Coral Flyer Zipline ataupun lebih dikenali sebagai "flying fox from island to island" kerana korang akan terbang melintasi lautan dari Pulau Gaya (tempat berlepas) ke Pulau Sapi kat seberang sana nun (tempat mendarat). Ini adalah satu-satunya zipline terpanjang di Malaysia dan yang termurah! Hanya RM65 sahaja seorang untuk setiap peluncuran.

Tempat Menarik Di Sabah - I Love KK

tempat-menarik-di-sabah-1-640x474

Tempat Menarik Di Sabah - I Love KK - inilah dia tugu I Love KK yang faymes di Instagram, Facebook dan di media sosial lain. Tempat ni terletak bersebelahan Todak Waterfront juga hotel Hyatt Regency Kinabalu yang merupakan hotel 5 bintang tertua di Sabah.