Hounon Ridge Farmstay & Camping

Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-Blog-5-1080x809

Inilah dia Hounon Ridge Farmstay & Camping. Tatkala terbaca perkataan 'farm' ramai ingat ini pusat ternakan sama macam Desa Dairy Farm yang terletak di Mesilau, Kundasang.

Tapi sebenarnya ini adalah pusat peranginan dan homestay, khusus untuk pengunjung yang mahu menikmati cuti di Kundasang. Uniknya tatkala berada di sini Gunung Kinabalu betul-betul berada di depan anda. Gambar oleh sesatinsabah


Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-Blog-3-1080x809


Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-Blog-4-1080x809

Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-Blog-2-1080x809



Rindu Kinabalu

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1687978318-1080x607

Aku rindu Kinabalu - Kala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ni, teringin benar ingin keluar dari rumah dan pergi ke tempat menarik untuk lihat pemandangan, contohnya pemandangan cantik macam ni. Ni kat Pekan Nabalu, lebih kurang 45 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Foto:@__rafie

#TempatMenarikDiSabah

Jalan-jalan Ke Kundasang


Tempat Menarik Di Sabah - Jalan-jalan Ke Kundasang. Cuba tengok abang kita ni.

Walaupun posing di tepi jalan pastu ada rumput-rumput mati pulak tu tapi gambar ni tetap awesome sebab berlatar belakangkan Gunung Kinabalu nan membiru di kejauhan dan suasana kampung nan kehijauan.

Sejuk mata memandang kalau dapat tengok view macam ni.

Kalau korang jalan-jalan ke Kundasang waktu the best untuk dapat view macam ni adalah sekitar waktu pagi sebelum jam 11 tengahari ataupun waktu petang sekitar 4 petang hingga 6 petang.

Apa-apapun ia bergantung pada cuaca juga. Kalau cuaca cerah barulah dapat view yang cantik macam yang abang kita ni buat.

Gambar oleh tAy17_c

#TempatMenarikDiSabah

Air Pancur Kundasang Memorial


Tempat menarik di Sabah - Air Pancur Kundasang Memorial. Tempat ni memang selalu menjadi fevret pasangan-pasangan bergambar untuk sesi pre-wedding mereka sebab kawasan air pancur buatan ni memang cantik, hening dan dibina mengikut arkitektur Inggeris, ala-ala luar negara gitu. Kalau korang ke Kundasang, pastikan lawat tempat ni.