Batu Luang

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-0808944781-1080x1080

Abang kita control macho lah pulak! Kalau nak tau ni kat mana, lokasi ni terletak di Batu Luang, Kuala Penyu, Sabah. Sekitar 2.5 jam drive dari pusat bandar Kota Kinabalu. Tempat ni faymes di kalangan peminat fotografi sebab nampak macam kat oversea. Banyak gambar yang memenangi anugerah di ambil di sini. Foto:@__rafie

#TempatMenarikDiSabah

Rindu Kinabalu

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1687978318-1080x607

Aku rindu Kinabalu - Kala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ni, teringin benar ingin keluar dari rumah dan pergi ke tempat menarik untuk lihat pemandangan, contohnya pemandangan cantik macam ni. Ni kat Pekan Nabalu, lebih kurang 45 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Foto:@__rafie

#TempatMenarikDiSabah

Ke Bukit Botak

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-0613442626-1080x608

Hiking Ke Puncak Bukit Botak di Sepanggar - bukit ni dipanggil sebagai Bukit Botak disebabkan oleh ketiadaan pokok-pokok besar di puncak bukinya, lebih kurang macam Bukit Broga yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Lagi satu bukit ni kalau dari jauh memang nampak 'botak' saja. Bukit Botak kini menjadi lokasi aktiviti pendakian (hiking) di kalangan warga Kota Kinabalu terutama pada hujung minggu. Foto:@@commando_angel

#TempatMenarikDiSabah

Sipitang Kala Senja

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-0960920639-1080x607

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1483828543-1080x608

Tempat menarik di Sabah - Suasana jeti Sipitang ketika waktu senja. Gambar senja di jeti Sipitang ni di ambil sekitar bulan April 2020, kala penduduk di Malaysia sedang bersiap sedia menyambut Ramadhan 2020. Sipitang terletak sekitar 3-4 jam dari pusat bandar Kota Kinabalu. Sipitang merupakan tempat menarik yang kurang popular namun tak kurang cantiknya kerana pekan kecil ini terletak di tepi laut. Foto oleh @commando_angel

#TempatMenarikDiSabah

Kota Belud Kosong

Pinterest-Blog-Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-1242802904-1080x1350

Tempat Menarik Di Sabah - Ginilah suasana pekan Kota Belud yang di ambil sekitar waktu awal pagi pada pertengahan bulan April 2020 ketika seluruh penduduk Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ketiga yang akan dijalankan sehingga 28 April 2020. Biasanya, pekan Kota Belud sentiasa sesak dengan pengunjung, terutama di awal pagi. Foto:@vainmoo

#TempatMenarikDiSabah

Gayana Eco

Tempat-Menarik-Di-Sabah-1-2.jpg

Tempat Menarik Di Sabah - Ni kat Gayana Marine Eco Resort. Ramai panggil tempat ni sebagai Gayana saja, atau Gayana Resort. Kebanyakan pengunjung yang menginap di sini adalah pelancong-pelancong dari luar negara. Yang dari dalam negara kita Malaysia ada juga tapi kurang sikit. Sebabnya, harga bilik-bilik penginapan di Gayana Marine Eco Resort ni boleh tahan juga harganya. Bagi anda yang teringin nak menginap di resort bertaraf lima bintang di Kota Kinabalu pastu dapat bilik mengadap laut, kat sinilah tempat yang paling sesuai. Kredit gambar: kev_harrison

KK Dari Jauh


Tempat Menarik Di Sabah - Bandar KK Dari Kejauhan . Inilah rupa pusat bandar Kota Kinabalu (KK) dari kejauhan.

Gambar ni di ambil dari atas Sutera Harbour Resort iaitu pusat peranginan bertaraf 5 bintang yang terletak bersebelahan pusat bandar Kota Kinabalu.

Kalau santai-santai jalan kaki dari Sutera Harbour Resort ke pusat bandar KK cuma ambik masa 10 minit sehingga 20 minit bergantung kepada 'speed' semasa berjalan kaki.

Yang bestnya kalau jalan kaki tu boleh nampak pemandangan indah tepi laut.

Foto oleh sesat_in_malaysia

#TempatMenarikDiSabah

Duyung Di PMVCS


Tempat Menarik Di Sabah - Indahnya Kinabalu . Erk, ada duyung pulak kat situ! Gambar ni di ambil dari Polumpung Melangkap View Camp Site atau lebih dikenbali dengan nama singkatnya PMVCS. Kalau korang nak ke Polumpung Melangkap View Camp Site ni jaraknya cuma sekitar 1 jam hingga 1 setengah jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu bergantung kepada keadaan trafik. Berbaloi jalan jauh sebab kat sini memang korang akan puas hati. Foto: travis_chong

#TempatMenarikDiSabah

Nan Membiru


Tempat Menarik Di Sabah - Mantanani Nan Membiru . Patutlah pelancong Korea dan pelancong dari negara China sanggup bayar belasan ribu semata-mata nak bercuti ke pulau Mantanani ni. Foto oleh sesat_in_malaysia

#TempatMenarikDiSabah

Jambatan Paling Legend

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Jambatan-Tamparuli-0-1

Tempat Menarik Di Sabah - Jambatan Tamparuli. Inilah dia jambatan gantung paling legend di Sabah iaitu Jambatan Tamparuli. Kalau dari pusat bandar Kota Kinabalu (KK) tempat ni lebih kurang dalam 40 minit ke sejam jugalah drive kereta. Kalau naik Grab atau teksi lebih kurang dalam masa yang sama juga. Foto oleh tay17_c

#TempatMenarikDiSabah

Jalan-jalan Ke Kundasang


Tempat Menarik Di Sabah - Jalan-jalan Ke Kundasang. Cuba tengok abang kita ni.

Walaupun posing di tepi jalan pastu ada rumput-rumput mati pulak tu tapi gambar ni tetap awesome sebab berlatar belakangkan Gunung Kinabalu nan membiru di kejauhan dan suasana kampung nan kehijauan.

Sejuk mata memandang kalau dapat tengok view macam ni.

Kalau korang jalan-jalan ke Kundasang waktu the best untuk dapat view macam ni adalah sekitar waktu pagi sebelum jam 11 tengahari ataupun waktu petang sekitar 4 petang hingga 6 petang.

Apa-apapun ia bergantung pada cuaca juga. Kalau cuaca cerah barulah dapat view yang cantik macam yang abang kita ni buat.

Gambar oleh tAy17_c

#TempatMenarikDiSabah

Senja Berempat


Tempat Menarik Di Sabah - Menikmati Senja Tanjung Aru . Setiap kali tiba waktu senja pasti ramai pelancong China, pelancong Korea dan penduduk tempatan berkerumun di pantai ni semata-mata nak tengok sunset yang cantik. Sunset kat sini biasanya berupa golden sunset macam yang korang nampak kat gambar. Kadangkala kalau bertuah dapat tengok red flare sunset, gabungan warna kemerah-merahan beserta warna keemasan di atas awan.


Pantai Tanjung Aru cuma 5 hingga 10 minit perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu bergantung kepada keadaan trafik. Waktu terbaik untuk ke sini adalah sekitar jam 6:00 petang kala senja mulai memancarkan sinarnya. Foto oleh eunsu_ (Eunsu Kim)

#TempatMenarikDiSabah

Syoknya Di Manukan

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Pulau-Manukan-0-9

Tempat Menarik Di Sabah - Syoknya Di Manukan . Best kan kalau macam ni? Happy main air laut bersama anak-anak di pantai. Walaupun panas terik tapi panas tu dah tak terasa sangat sebab seronok tengok anak-anak terkekeh-kekeh ketawa main air laut kat sini.

Pulau ni cuma 15 minit perjalanan naik bot dari jeti Jesselton Point iaitu jeti utama di pusat bandaraya Kota Kinabalu. So kalau nak travel ke Sabah anda akan sampai ke KK dulu barulah ke tempat lain misalnya ke Kundasang atau ke Semporna. Foto oleh: eunsu_ (Eunsu Kim).

#TempatMenarikDiSabah


Cuti Di Manukan

Tempat-Menarik-Di-Sabah-Sibuan-0-8

Tempat Menarik Di Sabah - Main Air Di Manukan . Cuba tengok tu happy bukan main baby dapat tu main air di pantai pulau Manukan. Ni kalau main air dua tiga jam lamanya main air pun tak terasa ni. Time balik rumah confirm budak-budak ni tidur lena, kepenatan main air! Foto oleh shahsobirin (Sobirin Shahabuddin).

#TempatMenarikDiSabah